Friday, March 25, 2011

terbaca satu blog..mengenai kesabaran dalam kehidupan....bagi aku kesabaran perlu ada...dengan ada sifat sebegitu...kita boleh muhasabah diri sendiri dan dekatkan diri kepada ALLAH...walaupun sakit hati/marah/benci/putus asa dan lain ada dalam diri aku sebagai manusia..aku kuatkan diri untuk bersabar...

ni antara makna sabar yang boleh dikongsi:
  • Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
  • Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada ALLAH subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

  • Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
  • Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya
terjumpa ayat ni boleh dikongsi bersama

"Janji Allah adalah benar dan akan terasa nikmat sabar apabila digandingkan dengan solat.
"


doa untuk menjadi orang yang sabar:



Kesimpulannya kita sebagai manusia harus banyakkan bersabar...walaupun ia menyakitkan...banyakkan berdoa n bertawakal kepada ALLAh... untuk ingatan diri aku sendiri.....