Wednesday, June 29, 2011

Sekadar Renungan Bersama...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat yang di kasihi. Tidak kira di mana sahaja anda melata di bumi Allah ini... Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)..

Marilah kita bersama2 meningkatkan amal ibadat dan mengandakan pahala.. semoga setiap amalan yg kita lakukan dan setiap doa yg kita panjatkan mendapat keberkatan dari Nya.

No comments:

Post a Comment